Timbalan Perdana Menteri berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanya membuat kenyataan beliau dipaksa setelah timbul komen-komen negatif terhadap pemilihan sebagai Perdana Menteri sementara.

“Saya amat menghargai Tun Mahathir kerana secara konsisten tidak konsisten. Beliau ‘consistently inconsistent.

“Apabila pengumuman dibuat bahawa kononnya Pakatan Harapan telah menamakan beliau sebagai Perdana Menteri sementara, hari ini apabila ada komen-komen yang sebaliknya terhadap penerimaan pencalonan beliau, maka beliau kata dipaksa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup program Multaqa Permuafakatan Pegawai Masjid dan Guru Kafa Daerah Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Mahathir kelmarin yang tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi beliau dipaksa.- UTUSAN ONLINE