Jelas Mahathir, tanpa pertambahan ahli, Bersatu tidak akan berupaya untuk terus mendapat sokongan rakyat dan dengan usianya yang sudah tiga tahun, seluruh bahagian serta cawangan perlu diperkasa.

tun
 

Beliau yang juga Perdana Menteri menambah, Bersatu perlu belajar daripada pengalaman pilihan raya umum lalu di mana parti itu hanya memenangi 13 parlimen walaupun bertanding sebanyak 52 kerusi.

“Kita tidak menang banyak kerusi kerana Bersatu pada ketika itu masih baru, ahli kita tidak cukup ramai, jadi hubungan kita dengan rakyat terhad, tapi kalau ahli parti kita ramai, pengaulan dengan rakyat lebih meluas.

“Jadi kepada ketua-ketua bahagian, segera tambah ahli kerana tiada makna jadi ketua jika tidak ada pengikut dan saya juga tidak akan menjadi Perdana Menteri jika calon kita kalah pilihan raya,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sejuta Kenangan Bersatu di sini malam ini.

Majlis itu dianjurkan antaranya bagi mengumpul dana untuk Bersatu dan sebanyak RM5 juta berjaya dikumpul hasil program tersebut. -UTUSAN ONLINE