Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pandangan yang diberikan oleh Dr. Mahathir menunjukkan beliau tidak boleh menerima hakikat sebenar yang berlaku.

“Sejak dahulu lagi, bila beliau (Dr. Mahathir) cakap bab agama, tak layak pun, bukan saya hendak merendah-rendahkannya. Namun, beliau tiada kelayakan untuk bercakap, lagi baik diam, apabila bercakap nampak kejahilan diri sendiri.

“Malah, beliau seolah-olah alergik dengan isu agama, apabila memberikan respon nampak keras, macam tidak boleh terima. Saya tidak tahu apa perasaan sebenar beliau sebab sejak dari dahulu lagi dia tidak suka Pas, orang UMNO mana hendak suka Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. - UTUSAN ONLINE