Calon Barisan Nasional (BN) itu berbuat demikian ketika ditemuramah oleh petugas Utusan Online, Khairulanuar Yahaya selepas beliau selesai meninjau proses pengundian di Pangkalan Udara Sendayan di sini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat hanya ketawa kecil ketika diusik oleh seorang petugas media yang mengatakan gaya beliau seolah-olah wartawan penyiaran.

Gambar Tok Mat itu turut dikongsi dalam laman Facebook milik wartawan NST Negeri Sembilan, Nur Aqidah Azizi yang menulis : ‘New broadcast journalist in town’.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menghadapi pertandingan empat penjuru dalam PRK DUN Rantau pada 13 April ini.

Pengundian awal hari ini melibatkan seramai 118 pengundi di dua pusat pengundian iaitu Balai Polis Rantau dan Pangkalan Udara Sendayan. - UTUSAN ONLINE