Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PH yakin akan memenangi pilihan raya tersebut dan merampasnya daripada BN walaupun bakal menerima tentangan calon lain.

“Kita telah tentukan siapa yang akan bertanding dalam PRK Cameron Highland, calonnya ialah Manogaran iaitu calon yang lama yang bertanding di situ pada PRU-14.

“Kita akan menang dalam PRK ini, insya-Allah kita akan menang, kita tidak tahu siapa yang hendak bersaing dengan kita, dengar cerita macam-macam, tetapi siapapun yang bertanding kita percaya kita dapat mengatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE