Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lupakan sejarah lalu bina kekuatan baharu - Ahmad Said

UMNO Terengganu
AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah) berbual bersama Ahmad Said (kanan) dan Ahmad Razif ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman hari ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KEMAMAN 8 Sept. -Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengajak seluruh kepemimpinan dan ahli UMNO negeri ini mengetepikan pergeseran bagi bersama membina semula kekuatan dalaman parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Tanpa merujuk kepada konflik kepemimpinan yang memaksanya melepaskan jawatan dan krisis hubungan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman suatu ketika dulu, Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu menegaskan sejarah lalu itu mesti dilupakan.

Beliau mengibaratkannya sebagai ‘lidah yang tergigit’ yang tetap bersambung dan mahukan semua kembali memperbetulkan sebarang kesilapan untuk bergerak seiring dengan matlamat memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus menerajui negeri ini.

“Kita tiada pilihan, seperti sajak Usman Awang, `di belakang duri di depan api, kita tidak boleh undur lagi’. Saya minta marilah kita berganding bahu, lupakan sejarah lalu. Jangan diungkit lagi,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di sini hari ini yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden.

Yang turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh; Ahmad Razif dan Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sehubungan itu juga, Ahmad yang menegaskan kesetiaannya terhadap UMNO tidak pernah berganjak, berharap dalam situasi kini segala karenah yang boleh menjejaskan

ketenteraman ahli perlu dihentikan.

Katanya, tidak mudah bagi UMNO dan BN menghadapi pilihan raya kali meskipun ada yang mengatakan ruang untuk kemenangan lebih luas dengan kemungkinan besar berlaku pertandingan tiga penjuru ekoran perpecahan dalam pakatan pembangkang.

“Bagi saya, di Terengganu tidak mudah. Sebab orang Pas tak ramai yang lari (menyertai parti lain) kerana mereka berpegang kepada bai’ah. Yang lari hanya kalangan pemimpin,”ujarnya.

Katanya, Pas sudah belajar daripada sejarah masa lalunya yang begitu agresif dalam tindak-tanduknya semasa memerintah hingga ditolak rakyat, dan jika UMNO dan BN terlepas, parti itu akan memperbetulkan kesilapan, dan menyukarkan UMNO menguasai semula. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain