MUSTAPA MOHAMED
MUSTAPA MOHAMED 

Spekuasi semakin kencang apabila tular dalam media sosial, senarai nama 17 ahli Parlimen UMNO yang akan mening­galkan parti itu yang turut mengandungi nama Anifah dan Mustapa. Walaupun nama bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiada dalam senarai berkenaan namun nama beliau turut disebut-sebut selepas dikatakan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun Hishammuddin menafikan pertemuan tersebut mempunyai kaitan kedudukan beliau dalam UMNO.

Pada masa sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang hari ini turut mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan menegaskan, “Isu ini tidak melemahkan apatah lagi melumpuhkan UMNO.”

Tegas beliau, UMNO memerlukan mereka yang setia kepada parti untuk terus hidup dan biarlah mereka yang setia kepada semangat perjuangan sahaja yang tinggal bersama UMNO.

“Bagaimanapun dalam senario sedemikian, UMNO mengambil pendirian menerima keputusan mereka dan kita menghormatinya,” kata beliau.

Sementara itu, pelbagai pihak terus membuat spekulasi berhubung tindakan meninggalkan parti oleh ahli Parlimen UMNO termasuk ada antara mereka dikatakan akan ditahan dan didakwa atas pelbagai tuduhan sama ada sebelum atau selepas Perhimpunan Agung UMNO minggu depan.

ANIFAH AMAN
ANIFAH AMAN 

‘Sasaran’ dikatakan tertumpu kepada bekas anggota Kabinet. Namun perkara itu tidak dapat disahkan. Apa yang pasti tindakan keluar parti tersebut menyebabkan jumlah kerusi UMNO dalam Dewan Rakyat semakin berkurangan daripada 54 kerusi selepas PRU-14 lalu kepada 49.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Masjid Ta­nah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut berbuat demikian.

Selain itu, terdapat juga pihak mengaitkan tindakan ahli Parlimen UMNO berkenaan mempunyai kaitan dengan `perjalanan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kelapan dan percaturan politik yang turut melibatkan Dr. Mahathir serta grand design bagi mengukuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Ber satu) di Dewan Rakyat yang kini menguasai hanya 13 kerusi.