Sebab itu kata beliau, PH tidak akan menerima sebarang kemasukan pemimpin parti lawan.

“Saya nampak ramai parti lawan yang kalah ini ingin masuk parti-parti PH. Rakyat didapati tidak terima pemimpin-pemimpin dari UMNO dan sebagainya. Sebab itu mereka tidak boleh diterima.

“Walaupun mereka boleh keluar dari parti, secara individu (boleh) sokong kerajaan tetapi mereka tidak akan jadi parti kerajaan,” katanya dalam satu sidang akhbar di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE