*Pada pukul 2 petang, 10 Januari 2019 (Khamis) Lokman diminta hadir ke JSJ Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung satu video 'Live' - Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib (sila rujuk https://www.youtube.com/watch?v=4fnaaETW4x0).

*Setelah selesai,Lokman telah diberitahu bahawa beliau perlu ditahan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Beliau akur dengan penahanan tersebut dan berjanji akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada Pihak Polis bagi membantu siasatan.

*Susulan dari penahanan tersebut beliau telah dibawa ke beberapa tempat dan beberapa individu turut disoal oleh Pihak Polis dengan bertujuan untuk melengkapkan kertas siasatan.

*Pada sekitar pukul 10 malam, beliau telah dibawa ke IPD Dang Wangi dan diarahkan bermalam di lokap IPD Dang Wangi. ' Lokman berkemungkinan akan dibebaskan hari ini.

Pihak Pemantau Malaysia Baru amat kesal dengan penahanan ini dan menganggap tiada keperluan untuk bermalam di lokap IPD Dang Wangi kerana beliau telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada Pihak Polis bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE