Logo: MCA bukan untuk satu kaum sahaja
Chew Mei Fun

Sebaliknya, Naib Presiden MCA, Datin Chew Mei Fun berkata, partinya tetap akan memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum.

Malah, beliau juga menolak dakwaan parti-parti komponen Barisan Nasional seperti UMNO tidak turun padang menyokong calon MCA, Tan Chee Teong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

“Kita guna logo MCA sebab nak kaji balik sama ada ia lebih efektif dan ini disokong oleh parti-parti komponen BN, malah pada masa sama, mereka juga hadir memberikan sokongan kepada kita dalam PRK kali ini.

“MCA selama ini adalah parti untuk semua, kita tidak perjuangkan satu kaum sahaja malah kita telah bekerjasama dengan pelbagai kaum. Apa yang penting ketika ini, kita sebagai pihak pembangkang mesti bekerjasama dan memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan hari ini,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menganggap penggunaan logo MCA menunjukkan parti itu gemar memencilkan diri dan mengutamakan satu kaum sahaja. - UTUSAN ONLINE