Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lembah Sireh: kerajaan Pas Kelantan akui silap

Lembah Sireh: kerajaan Pas Kelantan akui silap
MOHD. AMAR

KOTA BHARU 21 Mac - Kerajaan Pas Kelantan mengakui telah melakukan kesilapan dalam perjanjian projek pembangunan Lembah Sireh di sini sehingga menyebabkan tujuh projek yang dijanjikan syarikat pemaju Liziz Standanco Sdn. Bhd. tidak dilaksanakan.

Projek pembangunan kawasan baharu itu dilaksanakan selepas Kerajaan Pas Kelantan ‘memberikan’ 400 hektar tanah dengan bayaran premium RM1 juta kepada Liziz Standaco.

Sebagai timbal balas syarikat itu berjanji untuk membina sebuah masjid bernilai RM20 juta; membangunkan jambatan penghubung Kampung Cina di sini dengan Palekbang Tumpat sebanyak RM150 juta; membina jambatan berkembar bersebelahan Jambatan Sultan Yahya Petra (RM160 juta); membina sebuah stadium tertutup wanita (RM25 juta) dan memasukkan wang ke dalam tabung perumahan sebanyak RM15 juta.

Namun sehingga hari ini kesemua janji tersebut tidak dilaksanakan walaupun tempoh yang diberikan sudah tamat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ekoran daripada itu, pihaknya dan syarikat tersebut telah mencapai perjanjian baharu bagi memastikan pemajut tersebut menunaikan janjinya dengan langkah membuat pembayaran kepada kerajaan Pas Kelantan.

Katanya, melalui perjanjian tersebut, pihak pemaju telah memberikan pelbagai sumbangan bernilai lebih RM148 juta dan bersetuju memberikan tambahan wang tunai sebanyak RM28 juta.

“Disebabkan kesilapan teknikal itu, kita perlu mengadakan rundingan semula dengan syarikat berkenaan dan mengakui tujuh janji terbabit tidak dapat dilaksanakan.

“Kita terpaksa mengubah perjanjian awal kerana beberapa isu yang berbangkit termasuk kerajaan negeri sepatutnya menyerahkan tanah di kawasan berkenaan seluas 400 hektar, namun kita hanya menyerahkan 280 hektar,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN- Kok Lanas) berkaitan kegagalan syarikat pemaju Liziz Standanco Sdn. Bhd menunaikan tujuh projek yang dijanjikan melalui pembangunan Lembah Sireh. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain