Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

Perkara itu dapat dilihat menerusi kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang menyifatkan pelantikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri sebagai idea yang bernas.

Ahli DAP itu berkata, memandangkan pe­­mimpin UMNO te­rus mempersoalkan kelayakan Kit Siang menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mungkin itu bukan cadangan yang buruk.

“Kita tak henti-henti dengar tentang perkara ini. Jika mereka (pemimpin UMNO) begitu ‘menginginkannya’, ia mungkin idea yang baik,” katanya yang dipetik portal propembangkang, Malaysiakini, hari ini.

Zaid menganggap Kit Siang sebagai Perdana Menteri satu idea yang bernas kerana beliau menyifatkan pemimpin UMNO telah mengkhianati kepercayaan rakyat.

Beliau mendakwa Kit Siang sentiasa menjadi sasaran pe­mimpin UMNO ke­­rana me­reka kehabisan idea.

“Saya yakin kempen menakut-nakutkan rakyat tidak akan berkesan. Mereka (pe­mimpin UMNO) tak tahu apa yang harus dilakukan. Siapa harus dise­rang, (maka) se­rang Dr. Mahathir Mohamad dan Kit Siang,” katanya.

Beliau mendakwa pemimpin UMNO ingin menutup isu mereka sendiri, jadi mereka bertindak sedemikian untuk mengalihkan perhatian rakyat.

DAP sebelum ini mendakwa UMNO cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu dengan menggambarkan parti itu sebagai ancaman kepada kedudukan orang Melayu dan Islam.