AMRAN KAMARUDIN
AMRAN

Selain itu, mereka juga dijangka memberi undi kepada barisan calon daripada pasukan Rafizi di semua peringkat jawatan PKR di negeri ini.

Timbalan Ketua PKR Cabang Arau, Zamri Sapar berkata, keyakinan itu berdasarkan maklum balas di peringkat akar umbi yang memaklumkan menyokong Rafizi selain mahu melihat pembaharuan kepemimpinan parti itu di negeri ini.

“Kebanyakkan ahli di negeri ini menyatakan sokongan kepada Rafizi. Mereka kagum dan percaya dengan kemampuan Rafizi menjawat jawatan nombor dua parti itu.

“Kalau dilihat, Rafizi lebih dekat dengan akar umbi selain kerap turun padang. Selepas pemilihan ini, jika ditakdirkan pasukan Rafizi menang di Perlis, kita akan rombak secara habis-habisan kepemimpinan di negeri ini agar memberi nafas baharu kepada parti,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Sementara itu, calon Ketua PKR Cabang Padang Besar daripada pasukan Rafizi, Amran Kamarudin berkata, beliau percaya kebanyakkan ahli di kawasan ini turut akan memberi undi kepada Rafizi.

Katanya, sokongan tersebut termasuk daripada golongan muda yang mewakili kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan ahli dari negeri ini.

“Kita mengakui Datuk Seri Mohamed Azmin juga mempunyai ketokohan tersendiri namun bagi mereka Rafizi adalah lebih baik untuk bergandingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden,” katanya. - UTUSAN ONLINE