Mereka mula berkumpul sejak pukul 7 pagi bagi menunggu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi. 

Tinjauan Utusan Online mendapati kawalan keselamatan dilakukan di pintu masuk hospital termasuk kenderaan yang memasuki kawasan itu.

Bagaimanapun, penyokong Anwar hanya dibenarkan berkumpul di luar kawasan hospital tersebut. - UTUSAN ONLINE