Malah dalam statusnya itu, beliau meminta semua penyokong memakai baju kuning untuk hadir ke Kompleks Sukan Julau, tempat pengundian Cabang itu diadakan.

"Esok saya minta semua rakan-rakan penyokong PKR Julau memakai baju kuning turun ke Kompleks Sukan Julau. Ini tempat mengundi dari pukul 9 pagi sampai pukul 4 petang. Minta semua sokong Team Rafizi Ramli," katanya dalam akaun media sosialnya itu.

Pemilihan PKR Sawarak akan berlangsung esok dan Ahad melibatkan 29 Cabang.

Proses pengundian di Cabang Julau dijangka 'panas' dan paling mencuri tumpuan ekoran pertambahan mendadak ahli PKR di cabang tersebut daripada lebih 600 ahli pada Jun lalu kepada 13,000 ahli, yang dituduh akan memihak Rafizi.-UTUSAN ONLINE