Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad sepatutnya mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan semua wakil rakyat sebelum membuat keputusan berkenaan.

Menurut beliau, semua Parlimen di dunia ada menyediakan kawasan untuk wakil rakyat merokok kerana ia merupakan soal hak asasi manusia.

Dalam pada itu, Bung Mokhtar turut menafikan dakwaan yang mengaitkan namanya sebagai ahli Parlimen yang dikompaun oleh penguat kuasa kesihatan kerana merokok semalam.

“Bukan saya yang kena kompaun merokok di Parlimen semalam tetapi pada saya walau ahli Parlimen mana pun yang dikenakan kompaun, ia tidak sepatutnya berlaku.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana penguat kuasa yang berlegar-legar di kawasan Dewan Rakyat. Sedangkan LGBT pun ada hak, ini kan pula perokok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE