5.30 petang:

PRK Rantau: Pusat mengundi ditutup

REMBAU 13 April - Kesemua 14 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ditutup pukul 5.30 petang tadi.

Selepas selesai proses pengiraan kesemua kertas undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini sebelum keputusan diumumkan yang dijangka dapat diketahui sebelum pukul 10 malam. 

PRK Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan,, calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram dan dua calon Bebas iaitu, R. Malarvizhi dan Mohd. Nor Yassin. - UTUSAN ONLINE.

5.15 petang:

PENYANYI, Siti Nordiana Alias

PENYANYI, Siti Nordiana Alias menunjukkan jari berdakwat selepas mengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

4.15 petang:

Pengundi DUN Rantau

74 peratus keluar mengundi setakat 4 petang

REMBAU 13 April - Sebanyak 74  peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 4 petang tadi. 

Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - UTUSAN ONLINE

3.20 petang:

SEBAHAGIAN orang ramai menunggu giliran untuk membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan

69 peratus keluar mengundi sehingga 3 petang

REMBAU 13 April - Sebanyak 69 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi. 

Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - UTUSAN ONLINE

2.35 petang:

SEORANG pengundi Noraznem Mhd Nor,34, menunjukkan jari berdakwat selepas membuang undi pada hari pe

61 peratus keluar mengundi sehingga 2 petang

REMBAU 13 April - Sebanyak 61 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 2 petang tadi. 

Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - UTUSAN ONLINE

1.40 petang:

55 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari

55 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari

REMBAU 13 April - Sebanyak 55 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari tadi. 

Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - UTUSAN ONLINE

1.00 petang:

Sebanyak 47 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan

47 peratus keluar mengundi sehingga 12 tengah hari

REMBAU 13 April - Sebanyak 47 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE

11.47 pagi:

SEBAHAGIAN daripada orang ramai beratur ketika keluar mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (

38 peratus keluar mengundi 

REMBAU 13 April - Sebanyak 38 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi tadi. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE

11.35 pagi:

SEBAHAGIAN orang ramai menunggu giliran untuk membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan R

26 peratus mengundi sehingga 10 pagi

REMBAU 13 April - Sebanyak 26 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi tadi. 

Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - UTUSAN ONLINE

10.41 pagi:

PENGERUSI SPR, Azhar Azizan Harun tinjau pusat mengundi PRK DUN Rantau di Dewan Orang Ramai Taman An

PENGERUSI SPR, Azhar Azizan Harun meninjau pusat mengundi PRK DUN Rantau di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas, Rantau hari ini. - UTUSAN ONLINE

10.00 pagi:

SEBAHAGIAN orang ramai menunggu giliran untuk membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan R

13 peratus keluar mengundi

REMBAU 13 April - Sebanyak 13 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi tadi. 

Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - UTUSAN ONLINE

9.50 pagi:

CALON Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan membonceng motosikal setelah meninjau proses undia

CALON Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan membonceng motosikal setelah meninjau proses undian pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd Aminuddin

 

CALON Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan bermesra bersama sepasang suami isteri yang hadir

CALON Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan bermesra bersama sepasang suami isteri yang hadir mengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd Aminuddin

9.40 pagi:

Calon Bebas mengundi kali pertama

REMBAU 13 April - Seorang calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, R. Malarvizhi, 51, cukup teruja dengan proses pengundian yang berlangsung hari ini.

Menurut suri rumah itu, keterujaannya bukan hanya kerana dia merupakan salah seorang calon tetapi PRK ini adalah kali pertama dirinya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Saya tiba di pusat pengundian di sini kira-kira pukul 6.45 pagi kerana saya mahu menjadi pengundi yang terawal.

"Ini adalah kali pertama saya mengundi kerana sebelum ini saya menetap selama 25 tahun di Kanada. Saya kembali pada tahun 2016 dan apabila diketahui ada pilihan raya pada 2018 saya mendaftar sebagai pemilih namun tidak layak untuk mengundi kerana hanya yang berdaftar sebelum akhir tahun 2017 yang boleh mengundi pada waktu itu," katanya.

Dia ditemui pemberita selepas selesai mengundi di pusat pengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

9.35 pagi:

R. Malarvizhi mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Rantau

CALON bebas, R. Malarvizhi mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Rantau, disini hari ini. - UTUSAN ONLINE - Abd Razak Aid

9.15 pagi : 

CALON Pakatan Harapan, Dr. S. Streram membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Keci

Calon Pakatan Harapan, Dr. S. Streram membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, di sini hari ini. 

8.45 pagi :

CALONBarisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isterinya

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini. 

8.30 pagi: 

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bermula sebanyak 14 pusat mengundi yang membabitkan 53 saluran dibuka bermula dari pukul 8 pagi tadi.