Ujar Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dalam satu kenyataan, laporan tersebut yang juga pernah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016 kini sudah boleh dirujuk orang ramai.

"Ringkasan eksekutif mengenai Laporan Pengauditan 1MDB itu boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara melalui pautan www.audit.gov.my," katanya. - UTUSAN ONLINE