KHALID ABD. SAMAD
KHALID ABD. SAMAD

Menterinya, Khalid Abd Samad berkata, setakat ini, lantikan-lantikan politik kerajaan terdahulu yang telah meletakkan jawatan adalah Ahli-ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Ujar beliau, pihaknya berharap lantikan-lantikan politik dalam Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan juga akan melakukan perkara demikian bagi membolehkan pelantikan baharu dibuat daripada kalangan golongan profesional.

“Insya-Allah, semua kita akan lakukan sebelum hujung bulan ini, ataupun terlajak pun, mungkin minggu pertama bulan September,

“Kita akan buat pelantikan (baharu) bukan sebagai ganjaran atau balasan atas sebab sokongan politik tetapi kita akan buat lantikan kepada mereka yang kita rasakan perlu khidmat mereka untuk kita tunaikan tanggungjawab dengan cara terbaik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi YWP berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan RM410,000 untuk 85 ekor lembu korban daripada YWP kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sempena Program Korban Perdana YWP 2018.