Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Langkah terbaik tangani kemelut

KUALA LUMPUR 19 Mac – Komitmen kerajaan Pusat untuk membentangkan sendiri Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) merupakan langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang ditimbulkan pihak tertentu terhadap usaha memperkukuhkan sistem perunda­ngan Islam di negara ini.

Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia membuktikan konsep ‘ta’awun’ atau kerjasama yang baik antara Pas dan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah diter­jemahkan demi agenda serta kepentingan ummah.

Beliau menjelaskan, tindakan itu amat tepat memandangkan Akta Mah­kamah Syariah pada asalnya diperkenalkan kerajaan Pusat pada 1965 dan dipinda pada 1984 dan 1989 seterusnya diguna pakai tanpa sebarang masalah atau pertikaian.

“Sebelum ini, banyak pihak turut mempertikaikan mengapa pindaan akta ini dibawa oleh Pas sebagai rang undang-undang persendirian, jadi kita harap apabila kerajaan Pusat memberikan komitmen itu, maka ia tidak lagi me­nimbulkan sebarang kemusykilan dan pertikaian.

“Pas memberikan jaminan 100 peratus untuk menyokong dan berharap semua Ahli Parlimen beragama Islam turut menyatakan sokongan sebagai satu usaha memperkasakan mahkamah syariah dengan mempertingkatkan bidang kuasanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited menterjemahkan hasrat untuk membentangkan sendiri RUU 355 itu yang menjadi harapan umat Islam tanpa mengganggu-gugat kepen­tingan agama serta kaum lain.

Dalam pada itu, Taki­yuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, mana-mana pi­hak yang menentang RUU 355 tidak seharus­nya berdolak-dalik lagi dengan mengemukakan hujah-hujah tidak rea­listik sehingga boleh mengelirukan rakyat.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga perlu faham kedudukan akta tersebut selepas pindaan diluluskan, iaitu ia bukan satu paksaan kepada mereka untuk menerima atau mengguna pakai sepenuhnya peruntukan baharu bidang kuasa akta itu.

“Sekiranya Kerajaan DAP Pulau Pinang atau kerajaan nege­ri Sarawak tidak mahu pinda Enakmen Jenayah Syariah ma­sing-masing atau hanya mahu mengambil separuh daripada peruntukan hukuman yang ditetapkan, maka mereka tidak perlu ikut,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain