Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Muhammad Hafiz Azhar berkata, pelbagai bukti telah diserahkan kepada ROS sejak September 2017 tentang bagaimana PPBM tidak mematuhi Perlembagaannya terutama melibatkan penubuhan sayap parti serta status mesyuarat agung tahunannya (AGM).

Katanya, beliau yang mewakili lebih 1,000 ahli PPBM sedia mengadakan bantahan beramai-ramai di ibu pejabat ROS jika tiada sebarang tindakan atau respon daripada jabatan itu dalam tempoh dua minggu akan datang.

"Kami mendesak dan mahukan penjelasan daripada ROS kenapa sampai hari ini tidak ada tindakan sedangkan Pengerusi PPBM sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata sebanyak 400 laporan telah dibuat berhubung permasalahan parti tersebut.

"Kami tidak faham mengapa tiada sebarang tindakan yang  diambil, kerana terdapat banyak ahli-ahli parti yang teraniaya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE