Jumlah kutipan terkini tabung berkenaan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dalam satu kenyataanya di sini hari ini.

Tabung itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas banyak pihak menyuarakan hasrat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang berjumlah RM1 trilion.

Susulan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan rakyat yang ingin menyumbang kepada THM boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.

Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada pukul 3 petang setiap hari melalui laman web Kementerian Kewangan.- UTUSAN ONLINE