Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kutipan hasil sehingga akhir Jun lalu hanya mencapai 36.79 peratus atau RM286.8 juta.

“Jadi ini menunjukkan bahawa prestasi pendapatan hasil kita masih belum mencapai 50 peratus. Hingga pertengahan tahun, sepatutnya prestasi pendapatan hasil kita sampai setengah (50 peratus),” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ku Abd. Rahman Ku Ismail (BN-Guar Chempedak) yang bertanyakan jumlah hasil diperoleh kerajaan negeri berdasarkan bajet 2018 hingga akhir 31 Julai lalu.

Menurut Mukhriz, prestasi kutipan hasil itu membimbangkan dan kerajaan negeri akan mencari kaedah meningkatkan jumlah pendapatan hingga akhir tahun ini. - UTUSAN ONLINE