Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kubang Pasu perlu Lawan Tun Dr. Mahathir

KUBANG PASU 12 Ogos - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menggesa supaya usaha dan strategi untuk mempertahankan parti keramat UMNO daripada dihancurkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu bermula di Kubang Pasu.

Beliau berkata, daerah tersebut merupakan ‘simbolik’ kepada berpusatnya kepemimpinan Dr. Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

“Di Kubang Pasu ini kita sedar musuh nombor satu kita ketika ini ialah Dr. Mahathir, orang yang cukup kita sayangi suatu ketika dahulu.

Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun

“Di bumi Kubang Pasu inilah menjadi saksi kesetiaan dan wala' kita kepada dia suatu ketika dahulu, bahkan waktu itu kita tahu macam-macam perkara, tindakan dan pengakuan yang dia buat, tetapi kerana wala' kita mengizinkan, membenarkan dan menghalalkan apa jua tindakan dan ungkapan dikeluarkan beliau,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu di Dewan Institut Kemahiran Belia Jitra, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pemuda Bahagian Kubang Pasu, Datuk Hasmuni Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini Japar.

Khairul Azwan berkata, ahli UMNO di bahagian itu tidak perlu takut dengan bayang-bayang Dr. Mahathir yang pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu itu, sebaliknya bangkit menentang bekas pemimpin yang mempunyai banyak helah dan strategi untuk memecahkan UMNO.

“Jalan dan laluan yang telah dipilih oleh Dr. Mahathir tanpa ada paksaan oleh kita, pilihan dibuat sendiri oleh dia untuk meninggalkan kita dan bukan kita pecat dia, dia sendiri pilih untuk menentang kita, dia sendiri pilih untuk meninggalkan kita,” katanya.

Beliau berkata, dengan kiasan, sudah tiba masanya ahli dan pemimpin UMNO di kawasan itu mengguna pakai taktik ala ketenteraan dalam menentang 'musuh nombor satu negara itu'.

“Kalau masuk medan perang dan musuh cuba menyerang kita, maka kita mesti tembak dahulu dan untuk mengalahkan musuh kita mesti tembak di kepala, bukan kaki atau tangan.

“Hari ini itulah kita perlu buat untuk berhadapan dengan Dr Mahathir... hulubalang dan panglima perang mesti cari jalan untuk kalahkan dia dan bala tenteranya,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain