Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu diambil bagi menjaga maruah serta memelihara kekuatan parti.

“Semua ahli Pas juga perlu berkorban demi mempertahankan maruah parti dengan menyumbang sekurang-kurangnya RM5 seorang untuk membiayai kos saman Sarawak Report,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-58 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut melancarkan kutipan dana bagi menampung kos yang diperlukan dalam tindakan saman terhadap Sarawak Report.

Pas secara rasmi telah menyerahkan surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember lalu kerana didakwa memfitnah pemimpin tertinggi parti itu menerima dana RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE