Sebaliknya, ahli-ahli pembangkang yang hadir konvensyen itu diingatkan supaya bersetuju dengan keputusan pembahagian kerusi DUN yang dibuat pucuk pimpinan parti.

Malah, sepanjang hampir setengah jam ucapannya, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya menekankan betapa pentingnya untuk penyokong pembangkang tidak membantah keputusan pembahagian kerusi yang ditetapkan pucuk pimpinan.

"Kita akui akan ada masalah pembahagian kerusi,  akan ada rasa kecewa apabila kawasan yang diharapkan dapat kepada parti lain

"Parti lain pun kecewa sebab tidak dapat semua kawasan yang dituntut," katanya.

Kenyataan Dr. Mahathir itu seolah-olah memperkuatkan lagi desas-desus Pakatan Harapan yang diketuai DAP di Pulau Pinang sehingga kini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung pembahagian kerusi DUN negeri ini.

Difahamkan, sebanyak 11 kerusi DUN yang merupakan majoriti pengundi Melayu ketika ini menjadi rebutan antara PAN; Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR ketika ini.

Jika berdasarkan andaian PAN akan bertanding di semua kerusi yang ditinggalkan Pas iaitu lima kerusi, ini bermakna PPBM dan PKR perlu berkongsi enam lagi kerusi dengan majoriti Melayu.

Bagaimanapun, difahamkan PPBM menuntut lebih banyak kerusi sekali gus mungkin menyebabkan PKR terpaksa melepaskan 10 kerusi sedia ada mereka iaitu sesuatu yang sukar dipersetujui pucuk pimpinan PKR ketika ini.-UTUSAN ONLINE