Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir bagaimanapun berkata, penamatan kontrak berkenaan hanya bersifat sementara bagi dua bulan terakhir tahun ini. 

“Tahun depan kita melihat ke hadapan (meneruskan pemberian kontrak pemotongan rumput) dengan belanjawan yang sudah diluluskan oleh Parlimen iaitu semalam kami telah mendapat kelulusan muktamad.

“Saya percaya tahun depan kita boleh kembalikan. Kita faham proses pemotongan rumput dan pembersihan ini mesti berjalan dan saya tahu kontraktor kecil ini mempunyai kehidupan yang mencabar,” katanya dalam sidang akhbar pada program bersama masyarakat setempat di pekarangan Pejabat Parlimen Temerloh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE