Najib dalam status di Facebooknya memberi penjelasan bahawa, beliau kini didakwa di mahkamah berkaitan kes SRC International dan bukannya 1MDB.

Justeru, beliau berhak mempertahankan diri dan memberi penjelasan tentang tuduhan-tuduhan mengenai isu syarikat pelaburan strategik berkenaan.

"Nampaknya, Kit Siang sudah tersalah kes. Nasib baik bukan tersalah faham titik perpuluhan, salah faham dan hantam cukai ke atas barang basah, salah tarikh ataupun salah negara.

"Jelas kelihatan Kit Siang tidak gembira apabila saya paparkan bukti-bukti itu," katanya, hari ini. - UTUSAN ONLINE