Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan tersebut dipercayai bertujuan membetulkan kesilapannya yang mahu menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah katanya, Kit Siang bimbang tindakan menggunakan logo PKR sahaja boleh mengelirukan pengundi-pengundi Cina.

“Kit Siang terlepas pandang bahawa tindakan beliau ini telah melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kit Siang sepatutnya ikut nasib salah seorang pengasas DAP, Dr. Chen Man Hin dan bukan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Moha­mad. ­

“Kit Siang dan DAP jangan salahkan orang Barisan Nasional (BN) atau SPR apabila terima akibat langgar peraturan pilihan raya kelak,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Tambah Mohamad, DAP sekarang berada dalam keadaan kelam kabut disebabkan keputusan Kit Siang yang mahu menggunakan logo PKR dalam PRU-14.

Katanya, keputusan tersebut (guna logo PKR) dibuat atas tujuan hendak memperdaya pengundi Melayu tetapi telah memakan diri sendiri sebab telah mengelirukan pengundi Cina.