Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau telah meminta peguamnya meneliti perkara itu.

Kit Siang berkata, beliau bukanlah seorang yang anti-Islam.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang di Spice Arena, dekat sini, hari ini.

Mengulas mengenai pendirian teguh PAS yang tetap menolak untuk bekerjasama dengan DAP, Kit Siang berkata, ia adalah hak Abdul Hadi untuk menolak apa-apa kemungkinan bekerjasama dengan DAP.

Semalam Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS mengulangi pendirian untuk tidak menerima pelawaan Kit Siang untuk bekerjasama dengan DAP bagi memastikan kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang. - BERNAMA