Shahrizat Abdul Jalil

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita UMNO meragui tiadakan Kit Siang yang dilihat seperti satu muslihat apabila begitu mudah melupakan permusuhan sengit beliau terhadap Dr. Mahathir tidak kurang dari 40 tahun yang lalu.

“Kit Siang juga mengambil langkah luar biasa sehinggakan sanggup bersetuju di atas pelantikan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan sedangkan beliau bukanlah seorang ahli Parlimen.

“Rakyat ingin tahu apa muslihat sebenarnya Kit Siang membuat pusingan U 360 darjah dan sanggup mengadakan pakatan dengan musuh utamanya iaitu Dr. Mahathir,” katanya dalam ken­­yataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shahrizat menyeru jentera Wanita UMNO dan ahli-ahli parti supaya sentiasa bersedia menghadapi serta mampu kalis fitnah dan tohmahan pembangkang yang menggunakan pelbagai dakyah untuk mengelirukan pengundi menje­lang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).