Kim Seng berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memulihkan imej parti dan mengembalikan kepercayaan rakyat selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita mahu memberi nafas baharu kepada parti dengan melahirkan lebih ramai pemimpin muda sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Gerakan mengamalkan konsep keterbukaan kepada semua kaum. Saya yakin parti ini mampu memperoleh kembali kepercayaan rakyat dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kim Seng berkata, Raja Sara Petra yang merupakan anak kepada penulis blog, Raja Petra Kamarudin turut akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden.-UTUSAN ONLINE