Rafizi Ramli

Namakan si polan itu, si polan ini menerima wang rasuah dan buat akuan bersumpah.

Tetapi bila terkena batang hidung sendiri atau partinya sendiri, boleh pula Rafizi ini diam membatu.

Dalam isu pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) mi­salnya, boleh pula dia mengaku tidak tahu menahu. Jawablah apabila ada pihak mengaitkan dia mungkin terlibat dengan rundingan pengambilalihan aset air Se­langor sehingga wujud konflik kepentingan.

Rafizi licik bercakap menggunakan “Fact and Figures” - yang semua maklum cuma rekaan semata-mata dalam cubaan untuk me­nyakinkan atau lebih tepat menghasut.

Dia dilihat lebih cenderung untuk menabur fitnah melampau se­perti mana tindak-tanduknya yang dipaparkan di bawah ruangan ini.

Motif dan agenda­nya tidak lain tidak bukan untuk merosakkan kredibiliti dan nama baik sesuatu pihak.

Rakyat jangan lupa bila pokok sudah condong, kura-kura pun naik - ular apatah lagi, biawak pun ikut.