Mesyuarat yang diadakan di Menara Ilham, dihadiri oleh tokoh perniagaan, Robert Kuok dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz serta Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram yang masing-masing tiba di sekitar jam 11.30 pagi.

Dalam pertemuan itu, Majlis Penasihat berkenaan bertemu Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam.

Majlis Penasihat Kerajaan juga dijadual bertemu para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi.

Anggota media bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan butir-butir mesyuarat tidak didedahkan. - UTUSAN ONLINE