Bekas Menteri Besar itu secara berseloroh berkata, jawatan yang ditandinginya nanti akan diberitahu kemudian kerana masih banyak lagi masa sebelum mengumumkannya.

“Nanti saya bagitau bila sampai masanya, saya masa ada masa sampai 17 Jun ini (proses mendaftar secara atas talian bermula pada 1 sehingga 17 Jun ini untuk mana-mana pemimpin dan ahli UMNO yang berhasrat menawarkan diri menjadi Presiden parti),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Cawangan

Kampung Seri Makmur dan Penyampaian Bantuan Asnaf di balai raya kampung tersebut di sini sebentar tadi.

Mohamed Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang mengulas desas-desus yang menyatakan beliau akan bertanding Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini.

Mengenai kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dalam akhbar bahasa Cina kelmarin bahawa era MCA menanggung kesalahan UMNO sudah tamat selain membayangkan BN tidak lagi seperti dulu dan MCA kini sudah boleh membuat keputusan sendiri, beliau berkata:

“Dia pun tinggal satu kerusi (Parlimen Ayer Hitam yang disandang Ka Siong), orang dah macam tu buat apa nak lenyek (kritik), jadi biarkan dia,” katanya. - UTUSAN ONLINE