Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau sebaliknya menegaskan, kekalahan BN hanya kerana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita kalah kerana 1MDB. Tamat,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Sebuah portal berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, Najib mendakwa kekalahan BN pada PRU-14 kerana penipuan, fitnah dan janji palsu yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Jelas laporan itu, Najib membuat dakwaan demikian pada Sesi Dialog Sembang Santai yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. - UTUSAN ONLINE