KHAIRY JAMALUDDIN

Desakan Khairy itu ketika ada suara sama ada dalam kalangan kepemimpinan UMNO, BN sendiri mahupun Pakatan Harapan (PH) yang berpandangan parti tersebut tidak perlu bertanding menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy tegas dengan pendirian beliau bahawa UMNO dan BN perlu bertanding menentang Anwar.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, meskipun Port Dickson bukanlah kerusi boleh menang, namun percaya parti perlu melawan percaturan politik yang disifatkan beliau sebagai memalukan.

“Pertabalan adalah untuk raja-raja. Dan Anwar bukan raja,” tegas Khairy melalui hantaran dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Kerusi Port Dickson dikosongkan oleh wakilnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar dalam merealisasikan hasrat beliau menjadi Perdana Menteri kelapan.

Berhubung isu ada pemimpin UMNO didakwa mahu berkempen untuk Anwar dalam PRK tersebut, Khairy berpendapat, hukuman selayaknya ialah perlu dibuang daripada parti.