Malah, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, khabar angin itu hanya untuk mewujudkan rasa keliru dan sangsi sesama sendiri yang akhinya akan melemahkan parti.

Katanya, apa yang penting sekarang semua ahli perlu meneruskan perjuangan dan tidak terpengaruh dengan segala unsur yang boleh menjatuhkan UMNO.

“Terlalu banyak khabar yang kita sendiri pun tak tahu kebenarannya. Kita harus ingat, patah semangat. Perjuangan perlu diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama kepemimpinan UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE