BANDAR BARU BANGI, 6 Disember 2016 - Pengerusi Eksekutif dan Ketua
Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa

Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa berkata, memandangkan asas negara dibina berdasarkan prinsip hormat menghormati dan toleransi pelbagai kaum, adalah mustahak bagi semua warganya untuk berusaha menggalakkan semangat muhibah antara satu sama lain,

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, Raja-raja Melayu berpendirian bahawa isu keharmonian membawa implikasi yang lebih mendalam sekiranya sesuatu tindakan dilakukan menggunakan nama Islam.

Syed Danial berkata, Raja-raja Melayu berpendapat, sejak kebelakangan ini, tindakan beberapa individu tertentu yang bersifat keterlaluan dibimbangi boleh menjejaskan keharmonian hubungan antara rakyat pelbagai agama dan kaum. - UTUSAN ONLINE