Pengesahan itu dikeluarkan sehari selepas kedua-dua parti mengumumkan jalinan kerjasama secara rasmi demi penyatuan ummah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan perkara tersebut merupakan kewajipan mandatori Pas selaras dengan taawun siyasi yang telah termeterai.

“Pas akan menggabungkan jentera pilihan raya di peringkat kawasan Rembau dan Negeri Sembilan dengan Jentera Pilihan Raya UMNO bagi memastikan semua gerak kerja kedua-dua parti berjalan lancar dan berkesan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 13 April depan sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Rantau.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, hari penamaan calon adalah 30 Mac sementara hari mengundi awal pada 9 April. – UTUSAN ONLINE