Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Wan Ahmad Tarmizi telah dimasukkan ke hospital tersebut sejak 2 Jun lalu akibat serangan jantung.

Menurutnya, Wan Ahmad Tarmizi yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu sebelum ini beberapa kali mengalami serangan jantung termasuk selepas PRU-14.

"Pas Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian tokoh pemimpin parti yang sangat berpengaruh itu.

"Kehilangan beliau pastinya merupakan satu kerugian besar kepada Pas Perak berikutan peranan penting dimainkan Allahyarham dalam memperoleh sokongan guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh Perak melalui peranannya sebagai Presiden Persatuan Guru KAFA Perak,"katanya. - UTUSAN ONLINE