Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

Ia dilihat tindakan pantas daripada pihak polis dalam menyelesaikan kes ugutan tersebut, ketika badan itu sendiri dipersoal dan dikritik banyak pihak kerana dilihat amat perlahan dalam mencari pembunuh anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Sebagai rekod, Azwanddin membuat ugutan mahu 'menyerang' balai polis ketika perhimpunan di Klang, Selasa lalu, sebagai tindak balas kekecewaannya terhadap kegagalan pihak berkuasa mendakwa pihak yang menyerang Muhammad Afiq.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan itu diserahkan selepas pihaknya selesai mendapatkan keterangan daripada Azwanddin berhubung isu tersebut.

"Kertas siasatan telah lengkap dan kami telah serahkannya kepada DPP untuk tindakan selanjutnya.

Azwanddin juga telah dibebaskan kira-kira pukul 1 petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azwanddin sebelum ini direman selama empat hari bermula Khamis lalu kerana mengeluarkan kenyataan provokasi semasa berucap pada perhimpunan ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy' anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni, Klang di sini Selasa lalu.