Beliau berkata, perkara tersebut turut ditegaskan berdasarkan kenyataan Presdien Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membantu BN.

Malah katanya, pengundi Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dijangka akan ‘berubah angin’ membantu BN mencapai kemenangan.

“Kerjasama Pas dan BN lebih cantik dan tersusun berbanding PRK sebelum ini.

“Apa yang pasti rakyat menilai kerja dan melihat keikhlasan kita.Mereka akan terjemahkan pada 26 hari bulan nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE