Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, rasa tidak puas hati atau kecewa dengan jalinan tersebut bukan punca Mustapa meninggalkan parti yang disertainya sejak 40 tahun lalu.

"Saya tahu Tok Pa tidak keluar kerana UMNO kerjasama dengan Pas, Tok Pa tidak pernah menolak kerjasama UMNO dan Pas. Isunya bukan tak puas hati.

"Lagi pun UMNO dan Pas belum ada apa-apa, saling hadir-menghadiri majlis masing-masing sahaja dan bekerjasama dalam pilihan raya kecil, tiada yang formal, kita belum bergabung, buat pakatan, kita bukan bersama sebagai satu parti," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE