Terbaharu, Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan Ke-58 yang berlangsung hari ini sebulat suara meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan parti tersebut.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, secara dasarnya, tindak-tanduk Naib Presiden PKR itu tidak mencerminkan pendirian parti­nya, namun perkara tersebut tetap mengeruhkan lagi hubu­ngan kedua-dua pihak.

Sehubungan itu kata beliau, Pemuda Pas Kelantan berharap pucuk pimpinan mengambil kira pandangan akar umbi berhubung hala tuju jalinan kerjasama parti itu dengan PKR.

“Perkara berkaitan tahaluf siyasi ini di bawah bidang kuasa Majlis Syura Pas, namun kita tetap kena dengar apa pandangan perwakilan Dewan Pemuda di peringkat kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan Ke-58 yang disempurnakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Maahad Syamsul Maarif Libanat, Pulai Chondong di sini hari ini.

Kelmarin, Rafizi membuat akuan berkanun dengan mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa menerima dana daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali gus cuba mengaitkan Pas dengan perkara itu.