Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau sukar menerima partinya kini bukan sahaja bekerjasama dengan Dr. Mahathir malah di­pimpin bekas Perdana Menteri berkenaan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Ujar beliau, DAP selama ini melihat Dr. Mahathir sebagai musuh yang mencetuskan pelbagai masalah kepada pembangkang, namun hari ini memilih untuk bekerjasama yang disifatkan atas agenda peri­badi.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan Dr. Mahathir juga tidak mempunyai agenda yang jelas dan hala tuju yang boleh dipersoalkan.

“Sebenarnya gabungan DAP, PKR dan PAN sudah cukup baik dan tidak memerlukan penglibatan PPBM,” katanya seperti dipetik portal berita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yee Cheu yang menyertai DAP pada 1999 juga mendakwa, kerjasama DAP dengan Dr. Mahathir tersebut turut tidak mendapat sokongan beberapa ahli veteran parti tersebut.