Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, biarpun wujud perbezaan  politik, undang-undang harus ditegakkan dan siasatan harus dilakukan kerana orang yang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan.

"Ini adalah keputusan kerajaan dan kerajaan akan mempertimbangkannya. Perkara ini juga mengingatkan saya bahawa apabila kita ada kuasa, kita mesti berlaku adil dan tidak menzalimi sesiapa dan tidak menyalahgunakan undang-undang," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. - UTUSAN ONLINE