Menteri Muda Pengangkutan negeri, Datuk Dr Jerip Susil berkata, langkah tersebut adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri yang mahu meningkatkan aspek keselamatan bukan sahaja di jalan raya tetapi melibatkan laluan sungai.

“Fungsi majlis ini ialah mengendalikan kajian, mencari sebab kemalangan sungai, mentaksir kerugian dan tindakan pantas terhadap insiden yang berlaku di sungai negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan dan Kebersihan Sungai serta Sambutan Ulang Tahun ke-25 Lembaga Sungai Sarawak di Tebingan Kuching di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika ini, cadangan itu masih diperingkat perbincangan.

Katanya, keputusan sama ada cadangan itu akan diluluskan dijangka diketahui dalam tempoh terdekat. - UTUSAN ONLINE