Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Rawa berkata, bantuan kerajaan ini juga dinamakan subsidi bersasar.

Katanya, sistem wakaf ini juga dapat dilimpahkan kepada golongan yang amat memerlukan bantuan.

“Wakaf yang diusahakan atau diberikan ini sama ada bersifat pendidikan atau perumahan.

“Wakaf adalah penyumbang yang aktif untuk bangunkan negara. Wakaf jadi satu daripada kaedah untuk tangani masalah B40,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 dan Majlis Pelancaran Buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan di Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE