RIDUAN MOHAMAD NOR
RIDUAN MOHAMAD NOR

Ahli Jawatankuasa Pas, Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, ia dapat dibuktikan nanti dengan penurunan Indeks Rasuah Negara, kadar tangkapan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menurun dan agensi kerajaan lebih berintegriti manakala pasukan penguatkuasa juga mendapat keyakinan rakyat.

“Jika kerajaan Pakatan Harapan gagal menepati janji mereka, maka bersiaplah mereka untuk menjadi pembangkang yang konstruktif pula untuk penggal pemerintahan berikutnya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan portal Harakahdaily hari ini. 

Dalam pada itu, katanya, SPRM perlu diberi jaminan untuk diberi kebebasan sepenuhnya bagi menyiasat dakwaan dan kes yang melibatkan pemimpin negara termasuk terhadap Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet. 

Menurutnya jaminan itu penting supaya SPRM tidak takut bertindak terhadap mana-mana pemimpin negara. - UTUSAN ONLINE